Ahlan Wasahlan~ Ismi Diyana! ديانا بنت الكفل "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"(Surah Al-Rad:28) "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra':32) "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"(Hadis Riwayat Muslim,Nasa'i,Ibnu Majah dan Ahmad) Archived
Archive
Credit
| Kategori² Masscom?
Since ppl ask me. Amik masscom mmg jadi wartawan jeke? Nope. Banyak. PR, Journalist, Advertising, Broadcasting, Interpersonal Comm, Penerbitan & etc. Majority my classmate choose broadcasting (sbb mmg ni je ada kat KUIS). Mereka lebih suka kerja teknikal penyiaran. Kalau nak jadi wartawan, better amik course masscom (journalist). But, I'm more into BJ. Apa beza Journalist (wartawan) dengan Broadcast Journalist/BJ (Wartawan Penyiaran)? Let's learn a bit. LOL [from what I know & learn] Journalist - Wartawan akhbar. Berita yang ditulis khusus untuk pembacaan, dipublish secara fizikal & digital. (Lebih panjang) Ada credit nama wartawan di awal skrip berita. Tiada stand upper. (Kalau ada pun mungkin publish di YouTube & jarang) BJ - Wartawan TV. Berita yang ditulis khusus untuk dibaca oleh anchor (Pembaca Berita) di prompter. (Lebih pendek) Sesetengah memerlukan skrip panjang untuk dijadikan video kapsul atau mini doku. Tiada nama credit wartawan. Hanya di ending credit sahaja ada. Ada stand upper kadang². Nama wartawan keluar di super/bahagian bawah TV) Apa itu stand upper? Stand upper ni adalah bilamana seorang wartawan itu perlu membuat liputan tentang story tersebut di tempat kejadian. (Pegang mic & berdiri. Ala² Karam Singh Walia) Orang selalu Ingat amik Masscom je jadi wartawan kan. Silap tu. So, let's read this to know kategori² in Masscom. 1. Journalist (Kewartawanan) : Fokus kepada pembacaan akhbar. Research story, keluar assignment (baca: cover story di luar dengan pergi press conference/event). Interview and buat skrip berita untuk akhbar yg detail. 2. Broadcasting (Penyiaran) : Fokus kerja hadapan & belakang tabir program TV /Filem. Belakang tabir - researcher, cameraman, editor, producer, engineer sound & lampu, graphic, pengarah. Hadapan tabir - BJ, Host TV, Pengacara, Talent 3. Advertising (Periklanan) : Fokus design & Visual periklanan company. Brainstorm, Editing, Shooting. Create Video, Brosur, goodies, logo, Cenderahati, PSA(Pesanan Khidmat Masyarakat), Iklan etc. 4. Public Relation (Perhubungan Awam)/Corporate Comm : Menjadi duta/wakil antara syarikat dengan pihak media. Menjawab segala bentuk pertanyaan, membuat publisiti, handle PC dengan pihak media, berhubung baik dengan wartawan, orang tengah antara masyarakat, media & syarikat. Pelaksanaan kepada peningkatan imej syarikat. Ada di setiap company. 5. Publishing (Penerbitan) : Penerbitan bahan periklanan, infografik secara fizikal & digital. Pembuatan Brosur, majalah, buku & etc. Apa jua jenis penerbitan dari awal hingga akhir. 6. Interpersonal Comm/Komunikasi Organisasi : Hampir sama seperti PR. Tetapi jobscope lebih ke arah berhubung dengan manusia dalam kumpulan. Kerjaya sebagai penceramah motivasi bebas. Pelaksanaan seminar, sesi kaunseling, motivasi, bengkel etc. Menjaga kebajikan serta kemahiran komunikasi setiap pekerja syarikat sekaligus penghubung dengan masyarakat. 7. Entrepeneur Comm - Hampir sama seperti PR & corporate comm. Khusus lebih ke arah bidang Keusahawanan. Strategi, idea & gerak kerja. Okay, now you know! ✨ 0 Comment(s) |